PIAGAM PELANGGAN
Kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menawarkan perkhidmatan pendidikan cemerlang kepada:-
Murid
Menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik dan optimum berdasarkan kurikulum dan kokurikulum kebangsaan untuk memenuhi keperluan murid secara holistik.
Menyediakan suasana dan peralatan yang lengkap untuk menggalakkan pembelajaran dijalankan dalam kaedah yang selesa dan kondusif.
Staf
Sentiasa mengutamakan kebajikan semua staf.
Memastikan sumber dan kemudahan yang secukupnya serta memenuhi peluang peningkatan profesionalisme kerjaya.
‘Stake Holder’
Memenuhi semua arahan dan pekeliling dari PPD, JPN dan KPM dengan tepat dan segera.
Menyediakan segala data dan maklumat terkini seperti yang diperlukan sebelum tarikh yang ditetapkan.
Ibu Bapa dan Komuniti
Mewujudkan kerjasama dengan ibu bapa melalui perjumpaan rasmi dan tidak rasmi.
Mengadakan permuafakatan antara sekolah, ibu bapa, masyarakat dan agensi luar.